Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai.

Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor.

Laluan 1

Laluan 2

Laluan 3

Laluan 4

Laluan 5

Laluan 6

Laluan 1

Laluan 2

Laluan 3

Laluan 1

Laluan 2

Laluan 3

Laluan 1

Laluan 2

Laluan 3


* Segala perubahan tertakluk kepada pentadbiran PAJ

MENGENAI KAD MUAFAKAT JOHOR

Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Penggunaan kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang yang akan berfungsi sebagai kad elektronik bagi urusniaga tanpa tunai.

Bagi tempoh percubaan bermula 1 April sehingga 30 Jun 2016, anda boleh menggunakan kad pengenalan Malaysia (Biru) bagi menaiki Bas Muafakat Johor. Penggunaan Kad Muafakat Johor adalah di wajibkan selepas tempoh percubaan.


PENDAFTARAN KAD MUAFAKAT JOHOR

Untuk pendaftaran kad, anda akan diminta mengisi butiran maklumat peribadi. Maklumat-maklumat tersebut akan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sebarang maklumat yang diisi atau dikumpul adalah tertakluk kepada dasar privasi PAJ. PAJ mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar privasi.

Bagi pendaftaran, anda boleh dapatkan Kad Muafakat Johor di tempat-tempat berikut mulai Mac 2016. Sila periksa laman sesawang dari semasa ke semasa.


PENGGUNAAN KAD MUAFAKAT JOHOR

Penumpang Bas Muafakat Johor dikehendaki untuk mempamerkan dan menyentuh Kad Muafakat Johor di tempat yang disediakan setiap kali mereka naik dan turun bas. Kegagalan mempamer dan menyentuh Kad Muafakat Johor akan menyebabkan penumpang tidak dapat menikmati perkhidmatan bas percuma ini.


MAKLUMAN PENTING

UNTUK MAKLUMAN, PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN KAD BAS MUAFAKAT JOHOR TELAH DITUTUP. SILA DAFTAR KAD ANDA DI KAUNTER BERDEKATAN.

KEPADA YANG TELAH MENDAFTAR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) SEBELUM INI, SILA AMBIL KAD ANDA DI PEJABAT PAJ ATAU KAUNTER BERHAMPIRAN ANDA.


KAUNTER PENDAFTARAN DAN PENGAMBILAN KAD BAS MUAFAKAT JOHOR

Tempat Tarikh Masa Operasi
PEJABAT PERBADANAN PENGANGKUTAN AWAM JOHOR (PAJ), NO. 1-01, JALAN SRI PERKASA 2/2, TAMAN TAMPOI UTAMA, 81200 JOHOR BAHRU Waktu Pejabat Ahad-Rabu : 8.30PAGI - 5.00PETANG

Khamis : 8.30PAGI- 3.30PETANG
TERMINAL PASIR GUDANG (KAUNTER MAJU EXPRESS) ISNIN-JUMAAT 9.00PAGI - 2.00PETANG
TERMINAL JB SENTRAL (KAUNTER CAUSEWAY LINK) SETIAP HARI 5.30PAGI - 9.30MALAM
TERMINAL LARKIN SENTRAL (KAUNTER CAUSEWAY LINK) SETIAP HARI 09:00PAGI - 08:00MALAM
MALL OF MEDINI (CONCOURSE ENTRANCE) (NO 4 LEBUH MEDINI UTARA, MEDINI ISKANDAR MALAYSIA,79200 ISKANDAR PUTERI JOHOR DARUL TA'ZIM, MALAYSIA) SETIAP HARI 10:00PAGI - 08:00MALAM
KSL CITY MALL (KSL CITY 33 JALAN SELADANG, TAMAN ABAD, 80250, JOHOR BAHRU, JOHOR.) SETIAP HARI 9.00PAGI - 8.00MALAM
GIANT HYPERMARKET NUSA BESTARI SETIAP HARI 10.30PAGI - 9.30MALAM
JB SENTRAL CIQ (JALAN SULTAN IBRAHIM (DI ANTARA JALAN SAWMILL & JALAN TUN ABDUL RAZAK, 80300 JOHOR BAHRU) SETIAP HARI 4.00PAGI - 10.00MALAM
STUDENT MALL UTM (LOT 10, STUDENT MALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM) AHAD-RABU 12.00TENGAHHARI - 8.00MALAM
TERMINAL BAS DAN TEKSI GELANG PATAH (Kaunter Handal Indah/Causewaylink) Isnin-Ahad 4.30 pagi -10.30 malam

CAJ TAHUNAN KAD MUAFAKAT JOHOR

  • RM10.00 Dewasa
  • RM5.00 Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas), Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak-kanak sekolah (berumur 7-17 tahun),
  • Percuma Kanak–kanak 6 tahun ke bawah
  • Step 1Naik Bas Muafakat Johor
  • Step 2Pamerkan dan sentuh Kad Muafakat Johor anda
  • Step 3Duduk dan nikmati perjalanan bas percuma anda

Setiap pengguna haruslah sentiasa memastikan Kad Muafakat Johor disimpan secara rapi. Sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian kad, anda boleh melaporkan kehilangan kad dan mendapatkan kad yang baru di pejabat PAJ. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kad Muafakat Johor, anda boleh emailkan pertanyaan anda ke basmuafakatjohor@paj.com.my

Apa itu Bas Muafakat Johor?

Perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah di kenalpasti.


Bilakah Bas Muafakat Johor akan bermula?

Bas Muafakat Johor akan mula beroperasi pada 1 April 2016 . Sila layari website www.basmuafakatjohor.com dan facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) untuk mendapatkan maklumat terkini.


Bilakah waktu operasi Bas Muafakat Johor akan bermula dan berakhir?

Bas Muafakat Johor akan bermula diantara jam 6 pagi hingga 8 malam. Jumlah trip adalah bergantung kepada permintaan dan jarak perjalanan.


Di manakah laluan Bas Muafakat Johor?

Sebanyak 15 laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor akan beroperasi di dalam kawasan pertadbiran 4 PBT iaitu 6 laluan di MBJB, 3 laluan di MPJBT, 3 laluan di MPPG dan 3 laluan di MPKu. Bagi mendapatkan butiran lanjut sila layari website www.basmuafakatjohor.com dan facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).


Bagaimanakah Perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor boleh diperolehi?


1. Dapatkan Kad Muafakat Johor anda di kaunter-kaunter yang akan dibuka atau di pejabat PAJ dan kaunter yang telah disediakan.
2. Naik Bas Muafakat Johor
3. Sentuh Kad Muafakat Johor anda di tempat yang disediakan
4. Duduk dan nikmati perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor    
5. Sentuh Kad Muafakat Johor anda di tempat yang disediakan ketika turun.


Apakah kegunaan Kad Muafakat Johor?

Kad Muafakat Johor membolehkan warganegara Malaysia menaiki Bas Muafakat Johor secara percuma. Kad ini juga akan membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam “Loyalty Program” yang akan diadakan dan akan menjadi dasar implementasi kad tanpa tunai Negeri Johor.  


Siapa yang memerlukan Kad Muafakat Johor?

Warganegara Malaysia yang ingin menaiki perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor.


Apakah caj yang akan dikenakan bagi mendapatkan Kad Muafakat Johor?

Terdapat caj tahunan yang akan dikenakan bagi mendapatkan Kad Muafakat Johor anda. Caj adalah seperti berikut:
RM 10 setahun bagi dewasa
RM 5 setahun bagi warga emas (60 tahun ke atas), orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak 7-17 tahun
Percuma bagi kanak-kanak 6 tahun ke bawah


Berapa Lama Kad Muafakat Johor boleh digunakan?

Kad Muafakat Johor boleh digunakan selama setahun bermula dari 1 April 2016. Caj tahunan akan dikenakan mengikut kategori.


Bilakah Kad Muafakat Johor akan mula diedarkan?

Pengedaran Kad Muafakat Johor akan mula diedarkan pada Mac 2016. Sila layari website www.basmuafakatjohor.com dan facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) untuk mendapatkan maklumat terkini.


Di manakah kami boleh mendapatkan Kad Muafakat Johor?

Kad Muafakat Johor boleh didapati di kaunter-kaunter yang akan dibuka sepanjang ‘Roadshow’ dan juga di Pejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Bagi mendapatkan tarikh mula pengedaran Kad Muafakat Johor sila layari website www.basmuafakatjohor.com dan facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).


Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Bas Muafakat Johor?

1. Layari website www.basmuafakatjohor.com
2. Emel di basmuafakatjohor@paj.com.my
3. Talian bebas tol 1300 22 3700


Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kad Muafakat Johor, anda boleh melayari laman sesawang di www.paj.com.my atau emailkan pertanyaan anda ke basmuafakatjohor@paj.com.my

PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT

Pihak PAJ berhak untuk menukar segala terma dan syarat jika dirasakan perlu pada bila-bila masa. Penggunaan berterusan Kad Muafakat Johor anda selepas setiap perubahan menunjukkan bahawasanya anda menerima perubahan pada terma dan syarat yang dikemukakan oleh pihak PAJ. Sila rujuk kenyataan penuh terma dan syarat.

EMAIL DAN TALIAN BANTUAN

basmuafakatjohor@paj.com.my atau talian bebas tol 1300 22 3700 ( waktu pejabat )


PENGENDALI PERKHIDMATAN

  • Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
    No. 1-01, Jalan Sri Perkasa 2/22
    Taman Tampoi Utama
    81200 Johor Bahru
    Johor, Malaysia.

Perkhidmatan Disediakan Oleh

  • Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
    Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru,
    Jalan Dato' Onn, Peti Surat 232,
    80720 Johor Bahru,
    Johor, Malaysia.
  • Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)
    Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah,
    81300 Skudai,
    Johor, Malaysia.
  • Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
    Majlis Perbandaran Pasir Gudang
    Aras 19, Menara Aqabah,
    Jalan Bandar,
    81700 Pasir Gudang, Johor.
  • Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
    Jalan Pejabat Kerajaan,
    81000 Kulai,
    Johor, Malaysia.